♥Tuesday, July 27, 2010♥
Setelah beberapa jam menikmati keindahan jeram itu, kami pun beredar dari situ dan pulang ke Pelegong Homestay.Saya berasa sedih kerana kami harus pulang tempat keindahan ini.Kami pun pulang ke Pelegong Homestay untuk makan tengahari.Selepas makan, kami diasingkan dalam 2 kumpulan. Kumpulan saya bernama ‘Nasi Lemak’dan kumpulan lagi satu bernama Goreng Pisang'. Kumpulan ‘Nasi Lemak’ akan berlatih muzik dahulu yang bernama’Cak Lempong’ dan kumpulan ’Goreng Pisang’ pula akan berlatih menari dahulu menggunakan pirin. Muzik itu agak keliru tetapi saya dan kawan saya mencuba-cuba hingga kami berjaya.Selepas beberapa minit, kami pun harus menukar aktiviti.Kami pun berlatih menari menggunakan pirin.Menari itu agak susah tetapi kami dapat buat dengan betul kerana kami mengikuti kakak-kakak yang mengajar kami.
♥imma hurt you real good, baby
@ 5:13 PM
@ 5:13 PM