<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1770724749440289468\x26blogName\x3dPengalaman+di+Pelegong\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://hanihumairahbahri.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://hanihumairahbahri.blogspot.com/\x26vt\x3d4078701697910001423', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>


Give it to ya till you're screaming my name.



♥Wednesday, July 28, 2010♥

Saya pelajari, ‘Kuda kepang’ berasal dari Jawa,Indonesia.Ada dua jenis ‘Kuda Kepang’. Jenis pertama menggunakan ‘Makhluk Halus’ dan jenis kedua adalah untuk tarian.Saya juga belajar tentang ‘Tulisan Jawi’. 'Tulisan Jawi’ berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab.Kami mendapat cuba menulis ‘Sekolah Rendah Eunos’ dalam ‘Tulisan Jawi’.
Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi untuk membaca blog saya. 'Terima Kasih”


♥imma hurt you real good, baby
@ 3:38 AM

♥♥

Selamat kembali kepada blog saya.
Sekarang, saya akan ceritakan tentang Bahasa Ibunda yang diadakan di sekolah saya.Cikgu-cikgu saya meyediakan 4 aktiviti.Pertama,‘Batik Lukis’, kedua,'Wayang Kulit’, ketiga, ’Tulisan Jawi’ dan keempat, ‘Kuda Kepang’.

♥imma hurt you real good, baby
@ 3:35 AM

♥♥

Akhirnya, saya berasa amat sedih kerana saya harus meninggalkan tempat indah ini.Tempat ini sangat berbeza dengan Singapura.Di sini banyak alam semula jadi dan lebih kepada kampung. Saya hendak mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada guru-guru yang memilih saya kerana membawa saya dan juga rakan-rakan saya ke sini.Kami belajar banyak pekara dalam 3 hari 2 malam perjalanan ini!
Terima Kasih kerana membaca blog saya tentang pengalaman saya di Pelegong.Jika kamu hendak membaca blog saya tentang‘Bahasa Ibunda’ yang terletak di sekolah..Mari baca lagi!!


♥imma hurt you real good, baby
@ 3:04 AM

♥Tuesday, July 27, 2010♥

Selepas berbelanja, kami pun pergi ke kebun Pelegong.Ia terletak berdekatan dengan rumah itu.Di situ, terdapat banyak buah-buahan.Contohnya adalah 'Pisang Emas’, 'Timun’ dan lain-lain lagi.Selepas kami puas memuat foto, kami pun pulang ke Pelegong Homestay untuk makan tengahari.Kami pun berasa kenyang selepas makan.Selepas makan,kami harus pulang. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk-penduduk Pelegong. Saya menghargai semua yang mereka lakukan untuk membuat kami bahagia dalam perjalanan ini.

♥imma hurt you real good, baby
@ 5:24 PM

♥♥

Masa pun berlalu dengan cepat.Hari ini pun hari yang terakhir.Kami pun mengemas beg kami dan memakan sarapan di hotel.Selepas itu, kami pun berkumpul di Pelegong Homestay untuk mengenai pokok-pokok di hutan yang berhampiri Pelegong Homestay. Saya belajar banyak nama pokok-pokok. Saya pun belajar buah manggis adalah ratu dan buah durian adalah raja.Di situ, terdapat banyak nyamuk.Kami pun tidak dapat mengawal dengan gigitan nyamuk itu.Kami pun beredar dari situ dan pergi ke sebuah rumah.Kami pergi ke sebuah rumah kerana orang di situ menunjukkan kami bagimana membuat bola menggunakan rotan.Kami juga dapat mencuba membuat batik.Saya berasa gembira kerana mendapat membuat batik dan juga mendapat membeli bola yang dibuat daripada rotan.

♥imma hurt you real good, baby
@ 5:22 PM

♥♥

Matahari pun meninggalkan tempatnya dan langit menjadi gelap.Hanya pancaran bulan kelihatan.Kami pun memakai baju kurang untuk malam itu. 2 dari kawan kami terpilih untuk menjadi pengantin sebagai contoh untuk menunjukkan kami tentang perkahwinan 'Minang Kabau’.Mereka kelihatan cantik memakai baju pengantin ’Minang Kabau’.Selepas itu, kami harus memainkan muzik dan juga menari.Kami membuat agak bagus tetapi ada juga kesilapan yang kami terbuat.Selepas itu, kami menerima cenderahati dari pengerusi Pelegong.Saya berasa amat gembira.

♥imma hurt you real good, baby
@ 5:20 PM

♥♥

Selepas berlatih beberapa lama, kami ditunjukkan oleh budak-budak di Pelegong tentang permainan di situ.Kami mendapat mencuba bermain dengan permainan itu. Permainan itu bernama kaki gajah.Saya dan rakan-rakan saya kalah dalam permainan pertama.Selepas bermain, mereka juga menunjukkan kami bagaimana memasak ‘Ayam Masak Cili Padi’ dan 'Pulut’.Kami pun menulis bahan-bahan itu.

♥imma hurt you real good, baby
@ 5:18 PM

♥♥

Setelah beberapa jam menikmati keindahan jeram itu, kami pun beredar dari situ dan pulang ke Pelegong Homestay.Saya berasa sedih kerana kami harus pulang tempat keindahan ini.Kami pun pulang ke Pelegong Homestay untuk makan tengahari.Selepas makan, kami diasingkan dalam 2 kumpulan. Kumpulan saya bernama ‘Nasi Lemak’dan kumpulan lagi satu bernama Goreng Pisang'. Kumpulan ‘Nasi Lemak’ akan berlatih muzik dahulu yang bernama’Cak Lempong’ dan kumpulan ’Goreng Pisang’ pula akan berlatih menari dahulu menggunakan pirin. Muzik itu agak keliru tetapi saya dan kawan saya mencuba-cuba hingga kami berjaya.Selepas beberapa minit, kami pun harus menukar aktiviti.Kami pun berlatih menari menggunakan pirin.Menari itu agak susah tetapi kami dapat buat dengan betul kerana kami mengikuti kakak-kakak yang mengajar kami.

♥imma hurt you real good, baby
@ 5:13 PM

♥♥

Saya berasa amat gembira kerana akhirnya saya berjaya sampai di situ.Saya berasa terpegun melihat keindahan alam semula jadi itu.Suasana yang tenang dan kedengaran bunyi burung berkicauan membuat saya tidak mahu pulang.Kami pun berehat sambil makan juadah yang dibawa oleh orang-orang di situ.Selepas itu kami harus membuat satu sajak tentang alam dunia ini dalam satu kumpulan.

♥imma hurt you real good, baby
@ 5:09 PM

♥♥

Matahari memancarkan cahayanya pada pagi itu.Kami pun bersiap dan memakan sarapan di hotel.Selepas sarapan, kami pun menaiki kereta dan juga bas ke jeram.Jeram itu terletak di dalam hutan.Dalam perjalanan itu, kami harus melalui bukit dan mengambil masa yang agak lama.Kami harus menghadapi beberapa rintangan.Semasa dalam perjalanan, saya berasa begitu penat dan hampir berputus asa.Namun, saya kuatkan semangat kerana saya mahu melihat keindahan jeram di situ.

♥imma hurt you real good, baby
@ 5:07 PM

♥♥

Selepas makan tengahari , seorang makcik di situ menunjukkan kami bagaimana membuat bakul dengan menggunakan rotan. Dari aktiviti itu , saya pelajari hendak membuat bakul haruslah tabah kerana proses pembikinan bakul ini memerlukan kemahiran.Walaupun lambat, saya tetap berjaya menghasilkan sebuah bakul yang cantik, seperti pepatah, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

♥imma hurt you real good, baby
@ 5:04 PM

♥♥

Hi semua!Saya hendak menceritakan kamu pengalaman saya semasa di Pelegong.
Pada hari pertama , apabila sampai sahaja di Pelegong , kami disambut oleh penduduk-penduduk di Pelegong Homestay dengan meriah dengan diiringi paluan kompang.Di sana , kami diadakan satu penyampaian oleh pengerusi Pelegong.Selepas itu , kami pun mula makan yang sudah disediakan oleh pemasak-pemasak di sana.Sungguh enak!

♥imma hurt you real good, baby
@ 4:51 PM